Arahan tenggelam dalam kumpulan mesej
Borang, jadual dan peringatan dihantar dalam kumpulan mesej. Guru yang terlepas perlu bertanya semula.
EduSys
Gantikan hamparan, borang kertas dan kumpulan mesej dengan satu sistem untuk murid, kehadiran, pentaksiran, PdP dan pentadbiran harian. Setiap fakta diisi sekali, dan borang rasmi sekolah sedia untuk dicetak.
Borang, jadual dan peringatan dihantar dalam kumpulan mesej. Guru yang terlepas perlu bertanya semula.
Senarai murid disalin ke fail kehadiran, markah dan SPBT. Setiap salinan berbeza sedikit, dan tiada siapa pasti yang mana terkini.
Minit mesyuarat, surat lantikan dan laporan disusun semula setiap kali. Bila guru bertukar, failnya ikut hilang.
Setiap sekolah mendapat subdomain, pangkalan data dan storan fail sendiri. Kami bantu import senarai murid, staf dan jadual waktu sedia ada.
Tiada kata laluan baharu untuk diingat. Peranan setiap staf menentukan apa yang dilihat dan boleh diubah.
Kehadiran yang ditanda di telefon terus masuk ke laporan kelas dan modul lain. Tiada salinan kedua untuk dikemas kini.
Surat, minit dan laporan dijana daripada data yang sama. Salinan untuk SSDM, APDM dan iDME disusun mengikut medan sistem itu; staf yang memasukkannya.
Modul berkongsi rekod yang sama. Data yang diisi dalam satu modul digunakan semula oleh modul lain.
Tulis RPH sekali, hantar untuk semakan dan pantau pencerapan di tempat yang sama.
Bina jadual waktu dengan semakan peraturan, import dari aSc dan cetak terus.
Tanda kehadiran murid dari telefon; laporan kelas terhasil sendiri.
Kertas, markah, analisis dan slip keputusan dalam satu aliran.
Agih tugas mingguan dan jana surat lantikan tanpa salin semula nama.
Cadangan guru ganti yang adil berdasarkan jadual sebenar hari itu.
Tugas, fail dan nota diserahkan kepada pengganti dengan senarai semak yang lengkap.
Keahlian, kehadiran perjumpaan dan markah PAJSK dari satu rekod.
Disiplin, SPBT, RMT dan BAP diurus mengikut peranan pegawai.
Kutipan PIBG kelas, resit e-mel dan rekod bendahari yang jelas.
Slaid 1 daripada 10: eRPH
Tanda kehadiran dari telefon, hantar eRPH, masukkan markah peperiksaan, dan lihat jadual waktu serta tugas ganti hari ini.
Sediakan akaun staf dan peranan, import data murid dan jadual waktu, dan sediakan salinan untuk sistem KPM.
Semak eRPH, agih jadual bertugas dan guru ganti, dan jana surat lantikan serta minit mesyuarat tanpa menaip semula nama.
Lihat keadaan sekolah dalam satu tempat: kehadiran, penghantaran eRPH, tugasan dan dokumen yang menunggu pengesahan.
Harga dikira bagi setiap guru setahun, mengikut jumlah murid sekolah. Sekolah yang lebih besar membayar kadar yang lebih rendah bagi setiap guru.
| Jumlah murid | Harga setiap guru, setahun |
|---|---|
| 400 dan ke bawah | RM100 |
| 401 – 800 | RM90 |
| 801 – 1,200 | RM80 |
| 1,201 – 1,999 | RM70 |
| 2,000 dan ke atas | RM60 |
Harga dikira bagi setiap guru setahun, dari RM60 hingga RM100 mengikut jumlah murid sekolah. Contoh: sekolah dengan 350 murid dan 30 guru membayar RM3,000 setahun. Lihat jadual harga.
Setiap sekolah mendapat subdomain, pangkalan data dan storan fail sendiri. Data satu sekolah tidak dikongsi dengan sekolah lain.
Setiap sekolah mendapat pangkalan data sendiri yang diasingkan sepenuhnya daripada sekolah lain. Data satu sekolah tidak boleh dibaca atau dicapai oleh sekolah lain. Staf log masuk dengan akaun Google, dan akses dalam sekolah dihadkan mengikut peranan.
Staf sekolah sahaja, menggunakan akaun Google. Ibu bapa tidak log masuk; mereka hanya menjawab pautan sekali guna seperti kebenaran lawatan.
Ya. Kami jalankan sesi latihan untuk pentadbir dan guru semasa permulaan, dan panduan ringkas tersedia dalam aplikasi.
Boleh. Senarai murid, staf dan jadual waktu (termasuk fail aSc) boleh diimport semasa persediaan. Kami bantu semak data sebelum sekolah mula menggunakannya.
Tidak. EduSys menyediakan salinan mengikut susunan medan sistem KPM; staf memasukkannya dan menanda langkah itu selesai.
E-mel pasukan sokongan kami di support@teachertools.my.